Ahad, 2 November 2008

MENGANYAM KENANGAN

IPGM Kampus Bahasa Melayu melakar satu lagi sejarah pada hari ini apabila secara rasminya telah menubuhkan persatuan bekas pelajar kampus ini yang secara rasminya juga menjadikan ikon kampus tersebut iaitu Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Luar Negeri Malaysia sebagai penaung kepada persatuan. Beliau merupakan bekas pelajar yang menerima latihan perguruan selama dua tahun di sini mulai tahun 1963.

Dalam majlis yang dinamakan sebagai majlis perasmian penubuhan alumni dan jamuan makan "MENGANYAM KENANGAN" tersebut, Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim telah memberikan sumbangan dana sebanyak RM46,460.46 atas kapasiti peruntukan Menteri Luar Negeri bagi menampung pelbagai aktiviti memartabatkan bahasa, budaya dan sastera Melayu.

Selain itu, Yang Berbahagia Datin Seri Utama Masnah Rais turut memberi sumbangan yang berupa buku hasil tulisan beliau kepada Pusat Sumber IPGM Kampus Bahasa Melayu.

Dua rangkap pantun untuk menggambarkan betapa pihak IPGM Kampus Bahasa Melayu menghargai jasa dan budi baik Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan Yang Berbahagia Datin Seri Masnah Rais:

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek bawa ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Memintal tali membuat jala,
Lukah di pasang di Tanjung Jati;
Budi baik sedikit tak lupa,
Bagai rambut tersimpul mati.

Seluruh warga kerja pelaksanaan pertemuan bekas pelajar IPGM Kampus Bahasa Melayu mengucapkan setinggi-setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang tenaga yang tidak berbelah bahagi kepada kampus ini dan juga dalam merealisasikan impian menubuhkan alumni yang berdaftar secara rasmi dalam usaha merancakkan lagi aktiviti membangunkan dan melestarikan martabat bahasa, budaya dan sastera Melayu di persada tempatan dan juga di luar negara.

Semoga usaha kita semua akan diberkati Allah s.w.t. dan kita semua diberikan kesihatan dan keberkatan atas apa juga usaha yang kita lakukan demi mengangkat kualiti pendidikan di negara kita ini. Terima kasih daun keladi daripada ahli jawatankuasa penaja penubuhan alumni IPGM Kampus Bahasa Melayu kepada semua.

Jumaat, 31 Oktober 2008

TERKINI TENTANG ALUMNI

PERHATIAN KEPADA SEMUA BEKAS PELAJAR LI/MPB/IB/IBMM/IPBMM

Kedua-dua majlis iaitu Sepetang Bersama Tokoh ALUMNI dan Makan Malam ALUMNI telah digabungkan menjadi satu iaitu :

MAJLIS PELANCARAN ALUMNI IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU

TARIKH : 2 NOVEMBER 2008

MASA : 8.30 PAGI-1.00 TENGAH HARI

TEMPAT : DEWAN ZA'BA IPGM KAMPUS BAHASA MELAYU,
LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

TETAMU KEHORMAT : DATUK SERI UTAMA DR RAIS YATIM
MENTERI LUAR NEGERI


Sebarang pertanyaan berhubung pelancaran ini boleh diajukan kepada urus setia di talian :
03-22840206 (Puan Norhayati atau Encik Rohimi)

Rabu, 10 September 2008

JAMUAN PERDANA ALUMNI 50 TAHUN IPBMM

TARIKH: 18 OKTOBER 2008
MASA: 8.00 MALAM
TEMPAT: DEWAN ZA'BA

Ahli Jawatankuasa Pengelola/Pelaksana:

AJK Sambutan:
Dr. Haji Ali Mahmood
Pn. Zuraidah Baharin

AJK Persembahan:
En. Abd. Aziz Mohd Zain
Pn. Sarimah Haji Awang

AJK Publisiti:
Tn. Haji Omar Mamat
Pn. Latifah Mohd Noor

AJK Jemputan:
Pn. Noorhayati Md Yatim
Pn. Sharifah Hanim Syed Akbar

AJK Siaraya:
En. Mohamed Ayob Sukani
En. Mukhtar Zakaria

AJK Persiapan Tempat:
Tn. Haji Abdullah Yahya
En. Rohimi Jamel

AJK Jamuan:
Pn. Zabeha Haji Hussain
Pn. Zaidah Marjan

AJK Pengacaraan:
Dr. Haji Kamaruddin Haji Abu Hassan
Cik Noorzihan Adnan

SEPETANG BERSAMA TOKOH ALUMNI

Tarikh: 17 Oktober 2008
Masa: 3.00 petang
Tempat : Dewan Rahim Kajai, IPBMM

Ahli Jawatankuasa Pengelola/Pelaksana:

AJK Sambutan:
Dr. Haji Ali Mahmood
Pn. Norhayati Md Yatim

AJK Atur Cara :
Encik Abd Aziz Mohd Zain
Pn Sharifah Hanim Syed Akbar

AJK Publisiti :
Tn. Haji Omar Mamat
Pn. Latifah Mohd Noor

AJK Pendaftaran:
En. Suhasni Abdullah

En. Rohimi Jamel

AJK Penginapan:
Tn. Haji Abdullah Yahya
En. Mukhtar Zakaria

AJK Persiapan Tempat dan Siaraya:
En. Mohamed Ayob Sukani
Encik Mohd Fauzi Abdullah

AJK Pengacaraan:
Pn. Zaidah Marjan
Pn. Zuraidah Baharin

AJK Jamuan:
Pn. Sarimah Haji Awang

Cik Noorzihan Adnan

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung blog ini terutamanya kepada semua bekas pelajar Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia, Lembah Pantai Kuala Lumpur.

Pembinaan blog ini bertujuan untuk membantu pihak persatuan bekas pelajar dalam menyebarluaskan maklumat berkaitan aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan. Blog ini dinamakan ALUMNI@IPBMM. Nama ini lebih mudah diingati. Dengan itu, pelayar Internet akan mempunyai lebih pilihan dalam proses mencari maklumat berkaitan sejarah dan perkembangan terkini IPBMM.

Sekian. Selamat berpersatuan kepada semua. Berikan komitmen terbaik anda demi memartabatkan institut yang sangat berjasa kepada negara ini.